Penulis : NORAZIAH NORDIN

Harga : RM 52.00

ISBN: 9786297636542

Tahun terbitan : 2024

Muka Surat : 207 m/s


Ibn Sina, al-Khwarizmi, al-Kindi, Isaac Newton dan Albert Einstein antara tokoh-tokoh saintis yang diketahui umum. Selain mereka, terdapat ramai lagi saintis lain yang terkemuka dalam sejarah Islam, Barat dan juga moden termasuk di Malaysia yang telah memberi sumbangan besar kepada dunia. Tidak semua mengetahui secara terperinci mengenai kerjaya, kajian, pengiktirafan dan peranan mereka dalam menghasilkan suatu penemuan yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Buku Menyingkap Dunia Saintis menggabungan semua maklumat yang perlu anda ketahui mengenai seorang saintis. Pembaca akan mengetahui dengan lebih terperinci gambaran seorang saintis di samping topik kepentingan sains dalam kehidupan. Selain itu, terdapat juga beberapa penemuan daripada kajian melibatkan sains yang juga disebut dalam al-Quran terdapat dalam buku ini. Melalui buku ini juga pembaca akan mengetahui bahawa saintis adalah kerjaya yang profesional, bergaya dan menyeronokkan. Mereka adalah golongan yang membantu dalam menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat. Jom, jadi saintis!

MENYINGKAP DUNIA SAINTIS

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9786297636542
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM52.00