Juga boleh dibeli melalui / Also can be purchase at:
Shopee – Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Zulkiple Abd Ghani, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Mahazan Abdul Mutalib @ Taib, Muhammad Hairi Mahyuddin, Roslizawati Mohd. Ramly, Mohd Faridh Hafez Mhd Omar.
ISBN: 9786297636061
Tahun: 2024
Harga: RM 45.00
Jumlah Muka Surat: 139 m/s
Buku Modul dan Latihan kepada Penggerak Masyarakat dan Pendakwah Sabah & Sarawak (MOLPEMS) dibangunkan untuk membina kapasiti penggerak masyarakat dan pendakwah bagi melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien.
Dua aspek yang ditekankan dalam modul ini ialah pengisian ilmu dan juga peningkatan kemahiran sebagai pendakwah melalui dakwah tatbiqi (amali dakwah).
Memahami konteks, dalam pembinaan modul ini merujuk kepada latar belakang masyarakat pelbagai budaya di Sabah dan Sarawak, sangat ditekankan supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup bersama terpelihara.
Modul ini mengandungi tujuh bidang utama iaitu dakwah dan pelaksanaannya, kemantapan akidah, tazkiyyah al-nafs, kepimpinan dan pengurusan dakwah, sosiologi dakwah dan penyelesaian masalah komuniti, kesukarelawanan dan isu-isu berkaitan wanita.
Modul ini turut menyediakan panduan atau format pelaksanaan Training of the Trainers (TOT) yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian sasaran di samping menghasilkan sukarelawan dakwah yang terdedah dengan latihan dan peningkatan kemahiran menjadi fokus utama pembinaan modul ini.
MODUL DAN LATIHAN KEPADA PENGGERAK MASYARAKAT DAN PENDAKWAH SABAH& SARAWAK(MOLPEMS)
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636061
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM45.00