• PELABURAN WANG ZAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penyunting: Azman Ab Rahman, Irwan Mohd Subri


ISBN: 9789675295492


Tahun Terbitan: 2010


Harga: RM 28.00


Jumlah Muka Surat: 128 m/s.


Buku ini memfokuskan perbincangan tentang pelaburan wang zakat menurut perspektif fiqah dari segi konsep, bentuk dan hukumnya. Ia turut membincangkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW secara langsung atau tidak yang berkaitan isu pelaburan serta kepentingannya daripada perspektif Islam.


Tafsiran-tafsiran para ulama terhadap ayat dan hadis tersebut dikaitkan pula dengan pelaburan yang melibatkan wang zakat. Buku ini juga membincangkan garis panduan dan syarat secara terperinci yang perlu diikuti oleh pusat-pusat zakat sekiranya ingin melaburkan wang zakat.


Turut disentuh ialah perbincangan mengenai isu keuntungan dan kerugian sekiranya wang zakat dilaburkan. Buku ini boleh menjadi panduan kepada pusat-pusat zakat terutamanya di Malaysia dalam pelaburan wang zakat, seterusnya mempertingkatkan sistem pengurusan zakat di negara ini.


Diharapkan juga  dapat memberi gambaran kepada masyarakat awam tentang konsep pelaburan wang zakat. Kefahaman ini penting agar tidak berlaku salah faham terhadap baitulmal ataupun pusat zakat dalam merancang dan mengagihkan zakat secara telus, amanah dan adil.  


PELABURAN WANG ZAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789675295492
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM28.00


Tags: Azman Ab Rahman, Irwan Mohd Subri, FSU, FPQS