Penulis: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Harga: RM 35.00
ISBN: 978-967-440-146-7
Terbitan: 2015
Jum. Halaman: 262 m/s
Muhammad Said Ramadan al-Buti merupakan tokoh cendekiawan Islam yang dikagumi dan dihormati dunia Islam. Pemikiran beliau yang bernas banyak membantu umat Islam menyelesaikan pelbagai masalah. Menerusi buku ini, pembaca akan didedahkan dengan pemikiran Al-Buti mengenai akidah, salafiah dan tasawuf, jihad dalam Islam serta ketamadunan dan wanita. Lebih menarik, pandangan beliau terhadap beberapa isu berbangkit dalam kalangan umat Islam seperti tradisi sambutan Maulidur Rasul, berzikir secara berjemaah, berzikir dengan sebutan nama Allah SWT sahaja, menziarahi makam nabi, tasawul dan bidaah akan turut dikupas dalam buku ini. Buku ini dapat mendekatkan pembaca untuk mengenali seorang lagi tokoh ilmuwan Islam.
Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali berkelulusan Ph.D dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik dalam penulisan buku dan artikel. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan hampir 70 artikel dalam akhbar dan 20 buah buku. Antara buku beliau yang telah diterbitkan ialah Biografi Sarjana Muslim Timur Tengah Abad 19 dan 20 (2013), Yusuf al-Qaradawi dan Pengaruhnya dalam Masyarakat Islam di Malaysia (2012) dan Ketokohan Muhammad al-Ghazali dalam Bidang al-Quran dan al-Sunah (2012).
KETOKOHAN MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI DALAM BIDANG AKIDAH DAN KETAMADUNAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674401467
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM35.00
Produk Berkaitan
MENYINGKAP SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AKROBATIK MOTOSIKAL WIRA MERAH KOR POLIS TENTERA DIRAJA
Mejar Mohd Juraimy Hj. Kadir ISBN : 978-967-5295-76-8 2011 RM 22.00 Buku ini meru..
RM22.00
JALAN MENUJU ALLAH
Penulis: Syamsul Bahri Andi Galigo Harga: RM 26.00 ISBN: 978-967-0393-41-4 Terbitan: ..
RM26.00
PERANAN LUBAB AL-HADITH DALAM KARYA HADIS DI ALAM MELAYU
Penulis: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif Harga: RM 22.00 ISBN: 978-967-440-074-3 ..
RM22.00
KURSI KEPEMIMPINAN ISLAM ~ MEMUPUK INSAN SEIMBANG: CABARAN KEPEMIMPINAN
Penulis: Dzulkifli Abdul Razak Harga: RM 15.00 ISBN: 978-967-440-103-0 ..
RM15.00
HUMANIVERSITY REMEMBERING THE MORAL SOUL OF EDUCATION
Penulis: James Cambell Harga: RM 35.00 ISBN: 978-967-440-140-5 T..
RM35.00
USIM: THE LEADER IN THE INTEGRATION OF NAQLI & AQLI KNOWLEDGE
Author: Jasmin Jaimon I Nor Azzah Momin I Hariza Mohd Yusof I ..
RM120.00
KEFAHAMAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN TERHADAP TANAH ADAT
Penulis: Azman Ab Rahman I Syaryanti Hussin I Mohamad Zaharuddin Zakaria&..
RM30.00
ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH
Penulis: Chamil Wariya, Mohd Yahya Mohamed Ariffin Harga: RM 38.00 ISBN: 9..
RM38.00
AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL
Penulis: Sadeq Dowelnor Abdel Qader, Setiawan Gunardi Harga: RM 25.00 ISBN:&nbs..
RM25.00