• AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ~ Mengikut Al-Quran dan Hadis

Penulis: Prof. Madya Dr. Ilhaamie Binti Abdul Ghani Azmi

Harga: RM 25.00

ISBN: 978-967-440-007-1

Terbitan: 2013

Jum. Halaman: 213 m/s

Amalan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menyentuh amalan-amalan untuk mengurus sumber manusia yang merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi.  Tanpanya, aset lain seperti modal, mesin, peralatan, bangunan dan lain-lain tidak dapat dijana bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam merupakan satu agama yang syumul yang melengkapi segala aspek kehidupan termasuklah amalan pengurusan sumber manusia. Tanpa mengasaskan amalan PSM kepada Islam, maka akan berlakunya kepincangan dalam tempat kerja seperti kadar ketidakhadiran dan pusing ganti yang tinggi.

Buku ini merupakan inti pati amalan PSM  berteraskan al-Quran dan al-Hadis dan sesuai untuk digunakan sebagai asas oleh orang awam yang ingin melaksanakan  amalan PSM Islam di tempat kerja mereka. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan buku ini sebagai buku rujukan sampingan dalam cubaan untuk memahami tentang amalan PSM daripada perspektif Islam mahupun untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah atau pensyarah di universiti.

PROF MADYA DR ILHAAMIE BINTI ABDUL GHANI AZMI merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.  Beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan. Penulis ini mempunyai kelayakan PhD dalam Pengurusan Sumber Manusia (PSM, USM) pada tahun 2008, MBA (UKM) pada tahun 2000 dan BBA (UIAM) pada tahun 1990. Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan jawatan pelawat felo di University of Wollongong, Australia dan pensyarah pelawat di UMK. Dr Ilhaamie banyak melakukan penyelidikan dalam bidang Pengurusan Islam seperti PSM, keusahawanan, kualiti perkhidmatan dan gender. Beliau  pernah memenangi  tiga anugerah kertas kerja terbaik di peringkat antarabangsa pada tahun 2007, 2010 dan 2012.  Antara penerbitan buku beliau ialah Kualiti Perkhidmatan Dalam Sektor Awam Menurut Perspektif Islam yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2013.

AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ~ Mengikut Al-Quran dan Hadis

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 978-967-440-007-1
  • Kewujudan: Out Of Stock
  • RM25.00


Produk Berkaitan

Beberapa Isu dalam Pemikiran Islam

Beberapa Isu dalam Pemikiran Islam

ISBN: 978-983-2953-43-1 Tahun: 2007 Penulis: SYAMSUL BAHRI ANDI GALIGO Menentukan isu unt..

RM30.00

AKAUNTABILITI SEBAGAI MAHASISWA ISLAM

AKAUNTABILITI SEBAGAI MAHASISWA ISLAM

ISBN: 978-983-2950-59-2 Tahun: 2007 Penulis: ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Buku yang bertajuk..

RM26.00

KEENGGANAN MEMBAYAR ZAKAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK DAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA

KEENGGANAN MEMBAYAR ZAKAT MENURUT PERSPEKTIF SYARAK DAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA

978-967-5295-66-9 AZMAN AB RAHMAN AMIRUDDIN MOHD SOBALI SYED MOHD NAJIB SYED OMAR ..

RM30.00

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN: DAKWAH, MEDIA DAN ILMU

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN: DAKWAH, MEDIA DAN ILMU

978-967-0393-11-7 ZULKIPLE ABD. GHANI ROSLIZAWATI MOHD. RAMLY MOHD. RUSHDAN MOHD. JAI..

RM40.00

KES-KES FARAID KHAS - Huraian dan Penyelesaian

KES-KES FARAID KHAS - Huraian dan Penyelesaian

Penulis: Zahari Mahad Musa   I   Jasni Sulong Harga: RM 28.00 ISBN: 9..

RM28.00

AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS (EDISI KEDUA)

AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS (EDISI KEDUA)

Penulis: Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Harga: RM 30.00 ISBN: 978-967-440-265-5 Terbitan: ..

RM30.00

PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Penulis:  Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa Harga: RM 35.00 ISBN: 978-967..

RM35.00

ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH

ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH

Penulis: Chamil Wariya, Mohd Yahya Mohamed Ariffin Harga: RM 38.00 ISBN: 9..

RM38.00

AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL

AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL

Penulis: Sadeq Dowelnor Abdel Qader, Setiawan Gunardi Harga: RM 25.00 ISBN:&nbs..

RM25.00