Penulis : SAPORA SIPON
Harga : RM 28.00
ISBN : 978-967-5295-77-5
Terbitan : 2011
Jum. Halaman : 225
Buku ini memberi tumpuan kepada beberapa tajuk khusus berkaitan kaunseling kelompok antaranya, definisi kaunseling kelompok di samping membincangkan keperluan dan matlamat kewujudan kelompok dan diikuti sejarah perkembangan kelompok. Jenis-jenis kelompok, prosedur perancangan kelompok dengan melihat tujuan, tempat, jangka masa, ahli-ahli dan sistem penilaiannya juga merupakan antara tajuk yang dibincangkan dalam buku ini. Seterusnya, perbincangan terperinci mengenai setiap peringkat yang terdapat dalam proses kaunseling iaitu peringkat pembentukan, peringkat transisi, peringkat bekerja dan peringkat penamatan. Selain itu, perbincangan juga turut mensasarkan kepada kemahiran asas kaunseling kelompok, ciri-ciri pemimpin atau ketua yang efektif,isu seperti kepimpinan, isu peserta, isu kerahsian, penilaian, isu psikologi, isu jantina dan isu etnik. Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan disertai dengan gambar yang bersesuaian. Amat sesuai untuk pelajar bidang kaunseling dari institusi pengajian tinggi, guru, kaunselor serta mereka yang ingin mengetahui mengenai kaunseling kelompok.
PROFESOR MADYA DATIN DR HAJAH SAPORA SIPON ialah pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia. Sebelum berkhidmat di USIM, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru dan diikuti sebagai kaunselor sekolah sepenuh masa. Semasa di UMS, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Kaunseling dan Bimbingan, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar, UMS. Beliau aktif menulis dan juga membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Beliau juga seorang kaunselor berdaftar.