Penulis : Ros Aiza Mohd Mokhtar I Latifah Abdul Latiff

Harga : RM 38.00

ISBN: 978-967-0001-20-3

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 260 m/s


Buku ini terhasil daripada usaha beberapa orang pensyarah yang terlibat secara langsung dalam pengajaran kursus Falsafah dan Isu Semasa. Oleh kerana kursus ini merupakan Kursus Wajib Universiti dalam Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), perbincangan buku ini dibuat berdasarkan silibus dan bahan-bahan yang dibekalkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang ilmu Falsafah. Falsafah secara prinsipnya sangat dekat dengan kehidupan dan pembinaan tamadun manusia. Falsafah merupakan sesuatu yang merujuk asas utama yang mendasarinya, iaitu terbina oleh faktor sejarah, kebudayaan dan persekitaran bagi sesuatu negara. Dalam konteks Malaysia, falsafah mampu berfungsi sebagai asas dialog antara agama, kaum dan ilmu. Ia mencari titik pertemuan dalam kepelbagaian dan kerencaman bagi mewujudkan kesepakatan dan keharmonian dalam masyarakat.

FALSAFAH & ISU SEMASA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789670001203
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM38.00