Penulis :  Amin Al Haadi Shafie I Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim

Harga : RM 55.00

ISBN: 978-967-440-962-3

Tahun terbitan : 2021

Muka surat :143 m/s


Konsep kendiri ialah gambaran seseorang mengenai dirinya seperti yang difahaminya atau idea seseorang mengenai dirinya sendiri. Buku ini memperkenalkan lapan komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu identiti kendiri, kepuasan kendiri, tingkah laku kendiri, kendiri fizikal, kendiri moral dan etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri sosial. Semua komponen berpandukan konstruk yang terdapat dalam alat ukuran Tennessee Self-Concept Scale (TSCS). Buku ini turut memperkenalkan beberapa alat ukur bagi penilaian konsep kendiri yang boleh digunakan di negara ini.Perbincangannya berfokus kepada cadangan peningkatan konsep kendiri melalui aktiviti kelompok yang berteraskan pendekatan psikopendidikan. Gabungan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan boleh dipilih dan digunakan bagi mempermudah para kaunselor, pegawai psikologi dan guru bimbingan & kaunseling melaksana aktiviti pengukuhan keyakinan diri dan konsep kendiri bagi memaksimumkan potensi mereka yang dibimbing.


PENINGKATAN KONSEP KENDIRI MELALUI AKTIVITI KELOMPOK

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674409623
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM55.00