Penulis :  Sapora Sipon I Siti Khadijah Mohd Nasrah

Harga : RM 46.00

ISBN: 978-967-440-940-1

Tahun terbitan : 2021

Muka surat :189 m/s


Buku ini sangat menarik kerana ia membincangkan aspek yang dapat membantu pembaca memahami tentang pelajar pintar cerdas. Aspek seperti definisi, sejarah, istilah dan ciri-ciri pelajar pintar cerdas diterokai dengan memberi contoh yang bersesuaian. Domain pelajar pintar cerdas seperti personaliti, intelek, emosi, kreativiti dan moral menambahkan pemahaman pembaca mengenai pelajar pintar cerdas. Buku ini bertambah menarik apabila perkembangan diri pelajar pintar cerdas dari pelbagai aspek seperti genetik, kognitif, persekitaran, bakat dan sosioemosi turut dipaparkan. Pembaca juga dibawa untuk meneroka model dan teori dalam pendidikan pintar cerdas antara lainnya seperti Model Triarchic, Teori Implisit, Teori Perbezaan Gagne, Teori Kecerdasan Dabrowski dan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Melalui gaya bahasa yang mudah dan menarik, buku ini juga menceritakan kaedah pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas seperti Kaedah Pecutan, Kaedah Pengayaan, Kaedah Pengelompokan dan Kaedah Koperatif. Pembaca turut berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu, kaunseling dan bimbingan pelajar pintar cerdas.

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS TEORI, PEMBELAJARAN DAN KAUNSELING

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674409401
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM46.00