Penulis: Nur Fariha Mohd Manzor
Harga: RM 55.00
ISBN: 978-967-440-952-4
Terbitan: 2021
Jum. Halaman: 121 m/s
Buku Memahami Sel Stem Manusia dan Kepentingannya ini berfokus kepada fakta asas berkaitan sel stem dalam memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang maksud sel stem. Kupasan mengenai potensi sel stem dalam bidang perubatan diharap mampu memberi gambaran yang sewajarnya kepada masyarakat perihal sejauh mana ia telah dikaji dan diterima dalam rawatan penyakit. Penulis turut menjelaskan beberapa isu tentang aplikasi sel stem, peraturan serta hukum berkenaan penggunaannya dalam kajian mahupun rawatan. Nur Fariha Mohd Manzor merupakan pensyarah di Unit Biokimia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Selepas tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sains Bioperubatan, beliau meneruskan pula pengajian doktor falsafah di Fakulti Perubatan universiti yang sama. Kajian beliau memfokuskan bidang perubatan selular dan molekular iaitu sel stem merupakan subjek utama kajian beliau. Hasil kajian beliau berkaitan sel stem telah berjaya diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Minat beliau dalam bidang sel stem serta pelbagai persoalan yang timbul berkaitan sel ini dalam kalangan masyarakat telah mendorong beliau menghasilkan naskhah bertajuk Memahami Sel Stem Manusia dan Kepentingannya ini.
MEMAHAMI SEL STEM MANUSIA DAN KEPENTINGANNYA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674409524
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM55.00