Penulis: Wan Abdul Fattah Wan Ismail l Aspalilah Alias l Ahmad Syukran Baharuddin

Harga: RM 42.00

ISBN: 978-967-440-965-4

Terbitan: 2021

Jum. Halaman: 123 m/s



Pendapat pakar merupakan antara kaedah pembuktian yang popular pada hari ini khususnya melibatkan kes-kes jenayah. Prinsip keadilan, membanteras kezaliman dan melindungi orang yang dizalimi merupakan asas utama dalam kehakiman Islam. Hakim yang berpegang kepada prinsip keadilan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan pihak yang dizalimi dilindungi dan pihak yang zalim dihukum dengan setimpal. Maka mahkamah akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari keadilan seperti penggunaan khidmat pakar. Sekiranya sesuatu perkara di luar bidang dan kepakaran hakim, menjadi tanggungjawab hakim untuk merujuk kepada pakar termasuklah pakar pergigian. Pakar pergigian memainkan peranan penting dalam merungkai misteri dalam kes kematian, pembunuhan, rogol dan sebagainya yang tidak mampu dirungkaikan secara terus oleh mahkamah. Syarak mengiktiraf khidmat pakar di samping terdapat peruntukan undang-undang yang menerima keterangan pakar dalam membantu hakim membuat keputusan yang tepat.

Pendapat Pakar Pergigian (Forensik Odontologi) Menurut Undang-Undang Keterangan Islam

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674409654
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM42.00