Penulis : Nor Hamizah Ab Razak I Ku Suhaila Ku Johari I Mohd Izwan Mahmud
Harga : RM 32.00
ISBN: 978-967-0001-46-3
Tahun terbitan : 2022
Muka surat : 103 m/s
Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak yang dikategorikan sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan ini memiliki tahap
perkembangan dan pertumbuhan kognitif, emosi dan sosial yang
berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Kanak-kanak
pintar yang dikenali sebagai individu yang mempunyai kebolehan
kognitif, daya kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi juga didapati
sering mengalami isu-isu berkaitan sosial dan emosi. Ini disebabkan
oleh faktor seperti ketidakselarasan perkembangan di antara umur
akal dan fizikal, sikap kesempurnaan melampau dan ekspektasi yang
tinggi daripada masyarakat. Elemen membuat keputusan dan resilien
diperlukan dalam usaha untuk kanak-kanak pintar ini berhadapan
dengan isu sosial dan emosi. Antara unit yang mampu menyumbang
kepada perkembangan psikologi kanak-kanak pintar ialah
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pendekatan terapi bermain
merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan juga telah dikenal pasti
memiliki elemen yang selari dengan ciri unik kanak-kanak ini. Integrasi
antara pendekatan terapi bermain Barat dan pendekatan Islam mampu
membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik.
TERAPI BERMAIN KOGNITIF TINGKAH LAKU KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & RESILIENSI KANAK-KANAK PINTAR
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001463
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM32.00