Buku Cabaran COVID-19 dan Penyelesaian Pengurusan Harta Islam membicarakan isu-isu pengurusan harta Islam kontemporari berkaitan dengan pandemik COVID-19.
Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah inisiatif dan peranan Institusi Zakat dan baitulmal untuk membantu masyarakat Malaysia menangani pandemik COVID-19.
Perbincangan lain tentang cadangan takaful mikro kesihatan, wakaf bertempoh dan pembiayaan mikro Islam untuk membantu masyarakat awam terjejas akibat COVID-19 turut dipersembahkan.
Antara tajuk lain yang dikupas ialah bayaran upah pengasuh dan yuran pusat asuhan kanak-kanak serta hukum sewa dan upah dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
CABARAN COVID-19 & PENYELESAIAN PENGURUSAN HARTA ISLAM