Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Lukman Abdul Mutalib
ISBN: 9789674409371
Tahun Terbitan: 2021
Harga: RM 32.00
Jumlah Muka Surat: 94 m/s
Dewasa ini, peningkatan kemalangan jalan raya semakin meningkat dan memerlukan satu kaedah penyelesaian bagi menangani masalah ini. Dalam Islam, terdapat satu sistem yang menyediakan bentuk pampasan yang sangat unik kepada pihak mangsa yang dikenali sebagai diat.
Diat ialah satu mekanisme pemulihan yang sangat berkesan bukan sahaja mengubah sikap pengguna malah dalam masa yang sama bertindak sebagi remedi kepada kesan kemalangan tersebut.
Bagi melaksanakan sistem diat, terdapat dua isu utama yang perlu dilihat dan dikaji mengikut konteks semasa iaitu: pembayar pampasan disebut sebagai ‘aqilah, dan wang bayaran atau barangan yang perlu diserahkan kepada pihak mangsa.
Buku ini akan mengupas dan membincangkan dengan mendalam isu berkaitan ‘aqilah iaitu salah satu elemen penting yang membina sistem diat. Konsep ‘aqilah yang telah bermula sejak zaman jahiliah telah berubah mengikut keadaan semasa .
Antara topik yang terdapat dalam buku ini antaranya berkaitan konsep, sejarah, realiti dan kaedah alternatif ‘aqilah dalam pelakasanaan sistem diat di Malaysia.
KONSEP 'AQILAH DALAM REALITI PELAKSANAAN SISTEM DIAT DI MALAYSIA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674409371
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM32.00
Tags: Lukman Abdul Mutalib, FSU