Penulis : Wan Abdul Fattah Wan Ismail

Harga : RM 60.00

ISBN: 978-967-440-0001-59-3

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 115 m/s


COVID-19     atau     dikenali     juga     sebagai Coronavirus yang melanda hari  ini  telah  menggegarkan  dunia  dan   amat   tragis   pada   abad   ini.   COVID-19   merupakan   satu   virus   berbahaya   dan   dianggap   misteri   pada awalnya. Kini COVID-19 telah dijangkiti  oleh  jutaan  manusia  dan  meragut  jutaan  nyawa  di  seluruh  dunia    termasuklah    di    Malaysia.    COVID-19   telah   memberi   impak   besar kepada umat manusia bukan setakat  sektor  ekonomi,  politik  dan seumpamanya, bahkan memberi kesan terhadap hukum hibah yang dibuat oleh seseorang yang dijangkiti virus ini. Persoalan yang telah berlegar di pemikiran, adakah  pihak  yang  dijangkiti  COVID-19  boleh  dikategorikan  sebagai  penyakit  mardh  al-mawt  sehingga  memberi  kesan  kepada  hukum  hibah  yang  dibuat.  Hibah  merupakan  pemberian  oleh  pihak  penghibah  yang  secara  sukarela  melepaskan  hak  pemilikan  hartanya  atau  memindah  milik  harta  kepada  orang  lain semasa hayatnya. Hibah yang dibuat oleh penghibah dalam keadaan mardh al-mawt sama  ada  secara  lisan  atau  berdokumen  banyak  dibincangkan  oleh  para ulama dan turut berlaku perselisihan dalam kalangan mereka. Buku ini akan membincangkan  konsep  hibah,  COVID-19  dan  syarat-syarat  mereka  dijangkiti  COVID-19 yang boleh dikategorikan sebagai mardh al-mawt. Semoga buku ini memberi pemahaman umum mengenai hukum hibah yang dibuat oleh mereka yang dijangkiti COVID-19 di tahap mardh al-mawt.

PELAKSANAAN HIBAH DALAM KES-KES MARDH AL-MAWT COVID-19 DALAM KALANGAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789670001364
  • Kewujudan: Out Of Stock
  • RM60.00