Penyunting: Siti Suriani Othman , Rezki Perdani Sawai

Isbn: 9786297534909

Harga: 70.00

Tahun:2024

Jum M/surat: 270


Kesedaran tentang isu-isu kompleks era digital hari ini memerlukan perbincangan akademik termasuk persoalan-persoalan yang dikaji secara empirical. Hakikatnya, skop perbincangan adalah sangat luas apabila bercakap soal pelbagai isu dalam era digital. Dalam buku ini, perbincangan difokuskan kepada isu-isu dalam era digital khusus dalam dua bidang yang berkaitan iaitu bidang komunikasi dan bidang psikologi dan bagaimana kesejahteraan digital dapat dicapai. Kedua-dua bidang ini dipilih dan dibincangkan kerana berkaitan bidang ilmu, dan asas bidang psikologi yang pastinya memberi impak besar kepada bidang-bidang lain. Tambahan lagi, isu-isu yang muncul dalam era digital hari ini tidak boleh dipisahkan dengan bidang psikologi. Misalnya, tekanan yang dihadapi oleh orang ramai antara kita dalam mendepani era digital hari ini memerlukan ilmu dan kemahiran untuk menanganinya. Tambahan lagi, kebergantungan kepada gajet meningkatkan keperluan untuk kita memahami dunia digital hari ini dalam perspektif komunikasi pula. Dengan pengalaman ini, kita berjarap agar buku ini dapat membantu pembaca menangani cabaran dalam era digital serta mecapai kesejahteraan diri daripada keunggulan penciptaan teknologi.

KESEJAHTERAAN DI ERA DIGITAL MELALUI KOMUNIKASI DAN PSIKOLOGI

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9786297534909
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM70.00


Tags: KESEJAHTERAAN DI ERA DIGITAL MELALUI KOMINIKASI DAN PSIKOLOGI