Penulis : Noradiva Hamzah I Tengku Kasmini Tengku Wook

Harga : RM 40.00

ISBN: 978-967-0001-35-7

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 111 m/s


Buku  ini diterbitkan sebagai satu  usaha  untuk  memberikan  gambaran mengenai pembangunan dan pengurusan modal intelek dalam pelancongan mesra Muslim. Ekoran  daripada  penularan  pandemik  Covid-19  yang melanda dunia telah memberi kesan yang sangat buruk kepada industri  pelancongan  antarabangsa  dan  domestik.  Namun  begitu, dari sudut   positifnya,   pelancongan   mesra   Muslim   merupakan   produk  dan  perkhidmatan  yang  tepat  untuk  ditawarkan  kepada  pelancong kerana Islam amat menekankan kepada aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Ini sangat selari dengan langkah utama dalam usaha  untuk  menghindari  wabak  Covid-19  iaitu  menjaga  kebersihan.  Selain  itu,  penawaran  perkhidmatan  mesra  Muslim  juga   merupakan   satu   “segmen” pasaran   baharu   dalam   industri   pelancongan dan merupakan nilai tambah kepada pihak pengusaha hotel.  Oleh  itu,  sektor  pelancongan  perlu  meningkatkan  usaha  dalam   mengkomersialkan   pembangunan   dan   pengurusan   yang   mencerminkan  mesra  Muslim  serta  dapat  memberikan  keyakinan  kepada pelancong.

MODAL INTELEK DALAM PELANCONGAN MESRA MUSLIM

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789670001357
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM40.00