Panduan Pembelian Online

Langkah 1: Pilih buku yang anda ingin beli.

Langkah 2: Lihat maklumat mengenai buku tersebut - Kemudian klik "add to cart".

Langkah 3: Lihat "View Cart" di sebelah atas bahagian penjuru kanan mybookstore.

Langkah 4: Login akaun - register account (pelanggan baharu sahaja). Pelanggan sedia ada - klik "Continue".

Langkah 5: Buka akaun (untuk pelanggan baharu sahaja). Pelanggan sedia ada, anda boleh terus ke langkah 7.

Langkah 6: Akaun anda telah berjaya dibuka (pelanggan baharu sahaja). Klik "Continue".

Langkah 7: Sila pastikan maklumat penghantaran adalah betul. Kemudian klik "Continue".

Langkah 8: Pilih kaedah pembayaran anda. Ada tiga kaedah pembayaran.

Langkah 8 (a): Jika anda menggunakan kaedah Bank Transfer, tolong salin maklumat bank akaun yang diberikan, kemudian anda perlu melakukan pembayaran di bank. Setelah itu, fakskan bukti resit pembayaran ke  06-798 6083  ATAU email kepada mybookstore@usim.edu.my.

Langkah 8 (b): Jika anda menggunakan kaedah Cheque / Money Order. Salin maklumat akaun bank yang diberikan, kemudian ikut arahan seterusnya.

Langkah 8 (c): Jika anda menggunakan kaedah VISA / Mastercard. Klik "Confirm Order" - di sistem myPayment, klik "Submit" - myPayment confirmation, klik "Pay Now" - sila pilih pembayaran menggunakan VISA atau Mastercard - isikan maklumat kad bank anda - Klik "Pay".

Langkah 9: Pembelian anda sedang diproses. Sila cek email anda. Terima kasih.

 

MUAT TURUN PANDUAN PEMBELIAN SECARA ONLINE