Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Mohd Ramlan Mohd Arshad, Mohd Na’eim Ajis, Zarina Othman, Aizat Khairi
ISBN: 9786297748092
Tahun Terbitan: 2024
Harga: RM 64.00
Jumlah Muka Surat: 217 m/s.
Buku Pelarian Rohingya di Malaysia: Peranan Organisasi Sivil dalam Isu Hak Asasi Manusia adalah mengenai peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh organisasi sivil iaitu badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu kesejahteraan pelarian etnik Rohingya di Malaysia.
Rohingya ialah kumpulan etnik yang dihalau keluar dari negara Myanmar disebabkan diskriminasi kaum dan agama serta dikenali sebagai orang tanpa negara. Walaupun Malaysia tidak menandatangani perjanjian antarabangsa iaitu Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 namun, kehadiran pelarian tetap diterima.
Hal yang demikian menyebabkan mereka tidak tergolong dalam kategori pelarian tetapi, sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Malaysia tidak bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan asas bagi pelarian Rohingya ini. Kecuali bagi mereka yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mereka menerima bantuan asas seperti akses perkhidmatan kesihatan.
Namun, atas dasar kemanusiaan, organisasi sivil yang bertaraf antarabangsa dan lokal termasuk agensi kerajaan giat membantu hal-hal yang melibatkan kesejahteraan untuk kelangsungan hidup etnik Rohingya di Malaysia.
Kemudahan seperti mendapat rawatan hospital, pendidikan alternatif, pekerjaan, penyelidikan dan juga tindakan advokasi, telah dapat menyantuni golongan terpinggir ini. Hal yang demikian secara tidak langsung mengakomodasi negara mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG) iaitu pembangunan dan kemakmuran bersama tanpa mengenepikan sesiapa.
Buku ini turut memaparkan kajian empirikal dengan dapatan sahih menggambarkan betapa mustahak kerjasama, sumbangan dan kolaborasi antara organisasi sivil lokal dan antarabangsa, terutama daripada pihak kerajaan dan UNHCR, dalam isu sejagat dan kemanusiaan membabitkan kesejahteraan pelarian Rohingya di Malaysia.
Bacaan ini amat relevan untuk dijadikan panduan dan rujukan atau “buku poket” pada pembuat dasar kerajaan, sarjana dan ahli akademik, penyelidik, kumpulan advokasi, pelajar pasca siswazah, ketua masyarakat dan juga NGO.
PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA: PERANAN ORGANISASI SIVIL DALAM ISU HAK ASASI MANUSIA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297748092
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM64.00
Tags: Mohd Ramlan Mohd Arshad, Mohd Na’eim Ajis, Zarina Othman, Aizat Khairi, 2024