Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Jannatul Husna Ali Nuar
ISBN: 9786297748085
Tahun Terbitan: 2024
Harga: RM 62.00
Jumlah Muka Surat: 213 m/s.
Buku Arba’in Mawardi: Khazanah Hadis Ulama Nusantara di Minangkabau ini merupakan penyelidikan ilmiah terhadap kumpulan hadis-hadis pilihan yang disusun oleh Buya Mawardi dalam al-Ahadith al-Mukhtarah.
Seorang ulama besar Nusantara yang mewakafkan dirinya untuk kemajuan Islam di Minangkabau khasnya dan Tanah Melayu secara amnya.
Beliau dengan setia mengawal dan memajukan Perguruan Thawalib Panjang selama lebih 60 tahun dan turut membesarkan IAIN Imam Bonjol era 1960-1990.
Buya Mawardi telah menghimpunkan telah menghimpun 40 hadis yang dianggap penting bagi setiap muslim untuk diketahui dan diamalkan dalam kehidupan.
Hadis-hadis tersebut meliputi pelbagai aspek dan diamalkan dalam kehidupan , terutamanya yang berkaitan dengan nilai dan pembentukan spiritualiti serta akhlak generasi muda dan masyarakat awam.
Dalam buku ini, penulis telah menghuraikan secara terperinci mengenai personaliti Buya Mawardi, metodologi penulisan hadis dan kualitinya, serta pemikiran beliau terhadap hadis nabi SAW.
Semoga Arba’in Mawardi memberi panduan yang jelas terhadap tentang bagaimana menjalani kehidupan sesuai ajaran Nabi Muhammad SAW.
Buya Mawardi menulis buku dalam bahasa yang mudah difahami dan dengan penjelasan yang cukup mendalam.
Usaha pengenalan ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan pengajian tokoh ulama dan literatur hadis di Nusantara, serta menjadi rujukan penting bagi menjadi rujukan penting bagi sesiapa yang ingin mendalami ajaran Nabinya.
ARBA’IN MAWARDI KHAZANAH HADIS ULAMA NUSANTARA DI MINANGKABAU
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297748085
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM62.00
Tags: Jannatul Husna Ali Nuar, 2024