Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Norakyairee Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Nur Amalina Azhar
ISBN: 9786297636795
Tahun Terbitan: 2018
Harga: RM 22.00
Jumlah Muka Surat: 100 m/s.
Jika
murid tipikal belajar asas tilawah Quran menggunakan Buku Iqra',
manakala murid berkeperluan khas penglihatan belajar melalui transkripsi
Buku Iqra' versi Braille.
Bagaimana pula dengan murid
berkeperluan khas pendengaran? Ketidakupayaan mereka mendengar dan
bersuara menyebabkan Buku Iqra' kurang dijadikan asas pembelajaran Quran
kerana prinsip kaedah Iqra' adalah fonetik (bunyi) sedangkan murid
istimewa ini mempunyai kesukaran mengeluarkan bunyi sesuai dengan makhraj dan tajwid.
Justeru,
penghasilan buku Al-Rasm Al-Ishari ini mampu mencapai objektif
al-tartil sesuai dengan ketidakupayaan murid berkeperluan khas
pendengaran.
Hal ini merujuk kepada definisi baharu tilawah
Quran bagi komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang membawa
maksud keunikan teknik membaca Quran yang dirujuk sebagai kaedah membaca
Quran tanpa suara dengan mengisyaratkan (membatangkan) setiap
huruf-huruf Quran (Rasm Uthmani) berbantukan isyarat Kod Tangan Quran
yang mewakili setiap huruf.
Kaedah dan teknik ini telah
dibentangkan dan mendapat kelulusan Panel Pakar Syariah, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kali ke-103 dan kelulusan penyelarasan
penggunaan Isyarat Kod Tangan al-Quran oleh Lembaga Pengawalan dan
Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) di Kementerian Dalam Negeri
(Bil.108/2.2023).
Tags: Norakyairee Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Nur Amalina Azhar, FPQS