Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penterjemah: Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Syed Salim Syed Shamsuddin, Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim
ISBN: 9786297636856
Tahun Terbitan: 2024
Harga: RM 65.00
Jumlah Muka Surat: 160 m/s.
Kitab ini merupakan sebuah ringkasan daripada kitab Ihya' 'Ulum al-Din yang merupakan karya magnum opus Imam Al-Ghazali. 
Kitab
 ini mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian berkenaan melakukan 
ketaatan, meninggalkan maksiat serta adab-adab dengan Pencipta dan 
makhluk yang diperkuatkan dengan dalil-dalik daripada al-Quran, hadis 
serta kata-kata hikmah dan syair para ulama. 
Ketiga-tiga 
perbincangan ini merangkumi segala aspek kehidupan seorang Muslim yang 
bermula daripada bangun tidur di pagi hari sehingga tidur di malam hari.
 
Karya ini bukan sekadar membahaskan hukum-hakam dalam ibadat 
seharian, bahkan adab-adab dalam aspek pendidikan, ekonomi, kesihatan, 
psokologi, personaliti, sosial dan falsafah kehidupan.
Imam 
al-Ghazali menyatakan bahawa sesiapa yang dapat mengamalkan isi 
kandungan kitab ini maka dia akan mampu mencapai kepada penghujung 
(nihayah) bagi hidayah seperti yang disebutkan oleh beliau, "tidak akan 
sampai nihayat al-hidayah (kesudahan hidayah) kecuali setelah 
mengukuhkan bidayat al-hidayah (permulaan hidayah) dan tidak akan dapat 
menyingkapi batin al-hidayah kecuali setelah memahami zahir al-hidayah.
TERJEMAHAN KITAB BIDAYAT AL-HIDAYAH (PERMULAAN HIDAYAH) SIRI TERJEMAHAN KITAB TURATH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636856
- Kewujudan: Out Of Stock
- 
              RM65.00
Tags: Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Syed Salim Syed Shamsuddin, Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim, FSU, PPT




