Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Azman Ab Rahman


ISBN: 9786297636528


Tahun Terbitan: 2024


Harga: RM 35.00


Jumlah Muka Surat: 116 m/s.


Buku ini membincangkan tentang konsep madani secara umum dengan menekankan aspek definisi, sejarah dan madani menurut perspektif Islam.


Perbincangan ini turut dilanjutkan dengan penerangan tentang konspe Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan aplikasinya terhadap pembentukan Malaysia kini.


Fokus buku ini adalah untuk mengenal pasti perkaitan atau hubungan enam rukun Malaysia Madani ini terhadap sistem pengurusan zakat di Malaysia. Rukun kemampanan, daya cipta dan keyakinanan diyakini dapat menyumbang kepada pembangun institusi zakat yang lebih efektif dan efisyen.


Manakala, rukun kesejahteraan, hormat dan ihsan ini amat relevan dengan pembayar zakat dan penerima zakat. Kesemua enam rukun ini wajar diadaptasi dalam sistem pengurusan zakat di Malaysia agar sentiasa terkehadapan dalam mendepani cabaran pengurusan zakat terkini.


Matlamat konsep Malaysia Madani juga akan tercapai terutama dalam aspek pembangunan dan perbendaharaan sistem ekonomi yang lebih baik dan akhirnya memberikan manfaat kepada pembentukan sesebuah masyarakat Madani yang penuh nilai murni.


INSTITUSI ZAKAT DALAM MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9786297636528
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM35.00


Tags: Azman Ab Rahman, FSU