Penyunting: Kamarulnizam Abdullah, Norazam Mohd Noor, Jamaliah Said, Lokman Effendi Ramli
ISBN: 9786297636849
Tahun: 2024
Harga: RM 48.00
Jumlah Mukasurat: 292 m/s
Keganasan
melampau terbentuk daripada orientasi sama ada daripada individu
ataupun kumpulan. Aksi keganasan ini terhasil daripada sikap untuk
mempertahankan ideologi politik yang berbeza daripada penerimaan
majoriti ataupun luar daripada sistem yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat atau negara.
Ideologi yang ingin diperjuangankan
dinilai melampau daripada pegangan nilai dan norma masyarakat. Namun
mereka yang memegang kuat ideologi yang “menyongsang” ini percaya
ideologi tersebut dapat membaiki kepincangan masyarakat ataupun
menstrukturkan semula negara.
Mereka ini merupakan golongan
minoriti tetapi percaya bahawa ideologi mereka boleh diterapkan walapun
dengan menggunakan keganasan. Buku ini menghimpunkan 10 bab berkenaan
keganasan melampau merangkumi permulaan dan sejarah terbentuknya
kumpulan keganasan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan sehinggalah akta
atau hukuman yang dikenakan terhadap pelampau keganasan.
Buku ini
adalah sebahagian daripada projek penyelidikan IPSOM dalam membangunkan
Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau
Keganasan (National Action Plan for Preventing and Countering Violent
Extremism) atau NAPPCVE bersama-sama dengan para penyelidik dari UKM,
UiTM, UM, UIAM, USIM, USM, UniSZA dan UPM serta pengamal dan pembuat
dasar keganasan dan keselamatan.
PELAMPAU KEGANASAN DI MALAYSIA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636849
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM48.00
Tags: PELAMPAU KEGANASAN DI MALAYSIA, penerbit usim, usim press, ipsom, 9786297636849