Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Penulis: Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Noornajihah Jaafar
 
ISBN: 9786297534411
 
Tahun Terbitan: 2023
 
Harga: RM 46.00
 
Jumlah Muka Surat: 148 m/s.
 
Buku ini memfokuskan perbincangan terhadap kualiti dalaman yang harus ada bagi setiap guru Pendidikan Islam.
 
Secara naratif, perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan penerokaan tentang hakikat diri insan menerusi pandangan alam Islam.
 
Perkara ini menjadi paksi kepada perbincangan tentang kualiti guru Pendidikan Islam.
 
Kemudian perbincangan diteruskan dengan analisis komperatif antara faham diri Islam dan Barat dengan membawa beberapa model daripada jalur tradisi Islam dan Barat.
 
Berikutnya, pembaca akan dihidangkan dengan peranan guru sebagai khalifah atas platform guru pendidikan Islam dengan membincangkan beberapa istilah yang melambangkan diri guru menerusi tradisi Islam iaitu: Muaddib, Murabbi, Mualim, Mudarris dan Mursyid.
 
Perbincangan diteruskan dengan mengetengahkan ciri-ciri guru berkualiti menerusi beberapa model sarjana Muslim.
 
Akhirnya, perbahasan buku ini ditutup dengan mengangkat beberapa ciri penting yang harus ada dalam diri guru Pendidikan Islam iaitu penguasaan ilmu, kemahiran serta kesempurnaan sahsiah.
 
Diharapkan penerbitan buku ini dapat membantu guru Pendidikan Islam khususnya dalam usaha menjadi penggerak kepada transformasi pendidikan negara.


MAKNA DIRI DAN KUALITI GURU PENDIDIKAN ISLAM

  • RM46.00


Tags: Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Noornajihah Jaafar, 2023, FPQS