Penulis : Mohd Faizal Kasmani

Harga : RM 30.00

ISBN: 978-967-440-921-0

Tahun terbitan : 2021

Muka surat : 171 m/s


Strategi Komunikasi Rasulullah merungkai interaksi dan komunikasi Nabi Muhammad SAW daripada perspektif teori tindak tutur, iaitu kata-kata yang diucapkan oleh Baginda dilihat sebagai melakukan sesuatu. Ini bermaksud kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah SAW kepada pengikutnya mempunyai sifat-sifat yang menyatakan strategi komunikasi Baginda dalam menyampaikan mesej sama ada dalam bentuk amaran, perintah, jemputan, penghakiman dan janji. Dalam konteks ini, perbualan Nabi Muhammad SAW dengan para pengikutnya tidak semata-mata merujuk kepada makna sesuatu hadis itu, tetapi juga tindakan yang dilakukan oleh pertuturan dalam hadis tersebut. Turut dicadangkan adalah model komunikasi Rasulullah SAW yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu komunikasi Rasulullah SAW bersama kumpulan yang mempunyai tahap pengetahuan tentang agama Islam yang sedikit; komunikasi Baginda bersama kumpulan yang mempunyai pengetahuan berkaitan ajaran Islam pada tahap pertengahan dan komunikasi Baginda bersama para sahabat yang mempunyai tahap pengetahuan tentang agama Islam yang tinggi. Model pendekatan komunikasi Rasulullah SAW ini diharap dapat dijadikan sebagai kaedah komunikasi dakwah berkesan dalam menyampaikan syiar Islam kepada semua lapisan masyarakat. 

STRATEGI KOMUNIKASI RASULLULLAH

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674409210
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM30.00