Penulis : Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa , Irwan Mohd Subri , Hasnizam Hashim , Syed Mohd Najib Syed Omar
Harga: RM 26.00
ISBN: 978-967-440-743-8
Terbitan: 2020
Jum. Halaman: 141 m/s
Peningkatan
jumlah institusi dan individu sebagai ejen kutipan zakat di Malaysia pada
dasarnya bertujuan untuk meningkatkan kadar kutipan zakat mengikut negeri di
samping memudahkan masyarakat untuk menunaikan kewajiban zakat. Walau bagaimanapun,
timbul konflik berkaitan dengan kutipan zakat di negeri lain atau merentasi
sempadan negeri yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Atas senario
ini, buku Kutipan Zakat antara Sempadan Negeri: Isu Perundangan Syariah memaparkan
isu mengutip zakat di luar sempadan negeri serta implikasi-implikasi yang
timbul akibat daripada tindakan tersebut. Beberapa kaedah dicadangkan bagi
menangani permasalahan pengutipan zakat antara sempadan negeri oleh amil zakat
sama ada amil yang bertauliah ataupun tidak. Diharapkan penerbitan buku ini dapat
menjadi rujukan dan panduan kepada institusi-institusi zakat di Malaysia,
Majlis Agama Islam Negeri, amil yang dilantik
dan pembayar zakat tentang kedudukan hukum pengutipan zakat di luar
bidang kuasa negeri serta kesannya dari aspek perundangan syariah di
Malaysia.
KUTIPAN ZAKAT ANTARA SEMPADAN NEGERI ISU PERUNDANGAN SYARIAH
- Kod Produk: 9789674407438
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM26.00