Penyunting: Mohamad Isa Amat, Muhammad Khairi Mahyuddin
Harga: RM 25.00
ISBN: 9789674406851
Terbitan: 2019
Jum. Halaman: 130 m/s
Inisiatif memurnikan modul ini kepada klien-klien Muslim yang menjalani 
proses pemulihan berterusan menggunakan pendekatan psikospiritual Islam 
adalah satu jihad memartabatkan kehidupan manusia yang pernah terjerumus
 ke kancah kehinaan kembali menjadi hamba-Nya yang berguna dan berbakti 
kepada keluarga, masyarakat, dan negara.
Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) dengan dukungan 
dana daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah 
Kebangsaan (AADK) memainkan peranan penting dalam memperhalusi modul 7 
langkah ini kepada bentuk modul yang mempunyai ciri ringkas, mudah 
dilaksanakan oleh pelaksana dan terbukti berkesan ke atas klien-klien 
yang mengikuti Modul Panduan 7 Langkah Kepulihan dalam Penagihan bagi 
klien-klien dalam komuniti yang telah kembali ke pangkuan masyarakat dan
 mempunyai elemen yang saintifik dan praktikal (Evidence- Based).