Penulis: Rusni Samah
Harga: RM 40.00
ISBN: 978-967-440-267-9
Terbitan: 2016
Jum. Halaman: 178 m/s
Ayatisasi dan juga perbandingan adalah antara kaedah integrasi ilmu naqli dan akli. Kaedah ini jelas dapat dilihat dalam kajian sastera, khususnya perbandingan antara sastera Arab Islam dan sastera Melayu. Berdasarkan kaedah di atas, buku ini bertujuan menerokai pengaruh sastera Arab dan Islam dalam sastera Melayu Moden di Malaysia. Bab pertama dikhususkan bagi perbincangan pengaruh novel Mesir “Zainab” terhadap kandungan novel Malaysia pertama: Faridah Hanum.
Bab kedua pula mengkaji pengaruh novel Gourge Zeidan “Fath al-Andalus” dalam kandungan drama Tariq bin Ziad yang ditulis oleh Syed Syeikh Alwi al-Hadi. Manakala bab ketiga membincangkan pengaruh syair pujian Nabi, iaitu Burdah dan Hamziah yang ditulis oleh al-Busairi dalam kandungan syair Kanzul ‘Ula yang ditulis oleh Sayed al-Aidrus Terangganu.
Bab keempat melusuri pengaruh pemikiran Sastera Islam Moden di negara Arab dalam perkembangan pemikiran sastera Islam di Malaysia. Hasil buku ini menunjukkan terdapat pengaruh sastera Arab dan Islam yang jelas dalam mempengaruhi genre sastera Malaysia dan perkembangan pemikiran sastera Islam di Malaysia.
TAKSIR AL-ADAB AL-ARABI WAL ISLAMI FI AL-ADAB AL-MALIZI AL-HAFIZ
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674402679
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM40.00