Penulis: Siti Suriani Othman et al.
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-967-440-151-1
Terbitan: 2015
Jum. Halaman: 167 m/s
Buku ini adalah dokumentasi sulung berkaitan usaha Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam membudaya dan menghayati usaha integrasi ilmu naqli dan aqli yang dipelopori universiti ini. Aspek yang ditekankan dalam buku ini adalah penerapan ilmu naqli dan aqli dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, persidangan dan penerbitan; serta penghayatan dan pembudayaan ilmu naqli dan aqli berdasarkan pencapaian alumni dan melalui aktiviti libatsama komuniti. Pembudayaan ilmu naqli aqli juga ditonjolkan melalui pelbagai usaha pemindahan ilmu yang dijalankan oleh fakulti. Semoga dengan dokumentasi ini membolehkan FKP memperkukuh usaha integrasi ilmu yang diusahakan, dan supaya usaha fakulti sentiasa bergerak selari dengan falsafah universiti dalam hasrat melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia.
VARIASI GEMILANG NAQLI DAN AQLI - FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674401511
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM25.00