Penulis: Prof. Madya Dr. Ilhaamie Binti Abdul Ghani Azmi
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-967-440-007-1
Terbitan: 2013
Jum. Halaman: 213 m/s
Amalan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menyentuh amalan-amalan untuk mengurus sumber manusia yang merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi. Tanpanya, aset lain seperti modal, mesin, peralatan, bangunan dan lain-lain tidak dapat dijana bagi mencapai sesuatu matlamat. Islam merupakan satu agama yang syumul yang melengkapi segala aspek kehidupan termasuklah amalan pengurusan sumber manusia. Tanpa mengasaskan amalan PSM kepada Islam, maka akan berlakunya kepincangan dalam tempat kerja seperti kadar ketidakhadiran dan pusing ganti yang tinggi.
Buku ini merupakan inti pati amalan PSM berteraskan al-Quran dan al-Hadis dan sesuai untuk digunakan sebagai asas oleh orang awam yang ingin melaksanakan amalan PSM Islam di tempat kerja mereka. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan buku ini sebagai buku rujukan sampingan dalam cubaan untuk memahami tentang amalan PSM daripada perspektif Islam mahupun untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah atau pensyarah di universiti.
PROF MADYA DR ILHAAMIE BINTI ABDUL GHANI AZMI merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan. Penulis ini mempunyai kelayakan PhD dalam Pengurusan Sumber Manusia (PSM, USM) pada tahun 2008, MBA (UKM) pada tahun 2000 dan BBA (UIAM) pada tahun 1990. Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan jawatan pelawat felo di University of Wollongong, Australia dan pensyarah pelawat di UMK. Dr Ilhaamie banyak melakukan penyelidikan dalam bidang Pengurusan Islam seperti PSM, keusahawanan, kualiti perkhidmatan dan gender. Beliau pernah memenangi tiga anugerah kertas kerja terbaik di peringkat antarabangsa pada tahun 2007, 2010 dan 2012. Antara penerbitan buku beliau ialah Kualiti Perkhidmatan Dalam Sektor Awam Menurut Perspektif Islam yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2013.
AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ~ Mengikut Al-Quran dan Hadis
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-440-007-1
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM25.00