Penulis: Lokmanulhakim Hussain
Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-0393-78-0
Terbitan: 2013
Jum. Halaman: 29 m/s
Buku ini cuba membincangkan teori penyelarasan fatwa dengan membawa pembaca menyingkap sejarah permulaan tercetusnya idea ini pada zaman silam. Perbandingan pandangan antara golongan pro dan kontra terhadap idea ini dibincangkan bagi melihat sejauh mana kewajaran ia dipraktikkan. Prinsip asas syarak yang mengiktiraf perselisihan pendapat dan kemaslahatan yang didambakan melalui penyelarasan fatwa perlu diambil kira dalam mempraktikkan idea ini. Selain itu, cabaran-cabaran dalam melaksanakan penyelarasan fatwa antara institusi-institusi fatwa di Malaysia juga diketengahkan. Buku ini mengesyorkan agar isu penyelarasan fatwa ditangani dengan bijak dan hati-hati agar cadangan yang diketengahkan sentiasa menepati roh syariat Islam.
MONOGRAF INFAD ~ SIRI 2 ~ Penyelarasan Fatwa di Malaysia: Kewajaran dan Kekangan
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670393780
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM15.00