978-967-5295-82-9
ASMA' ABD RAHMAN
NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOF
2012
Buku ini memperincikan faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran bahasa asing dan pengajaran Bahasa Arab kepada penutur bahasa kedua. Penulis membincangkan dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran bahasa asing, konsep empat kemahiran bahasa dan motivasi awal dalam pembangunan pelajar serta diperkukuhkan lagi dengan pandangan psikologi dan aspek-aspek sosial yang melibatkan pelajar.
Perhatian dan tema buku ini menjurus kepada pelajar sains, terutamanya di Universiti Sains Islam Malaysia, universiti-universiti tempatan dan dunia secara amnya. Penulis juga merumuskan kemahiran konsep sistematik di peringkat sosial atau tahap individu yang dipecahkan mengikut jenis dari sudut pandangan pembaca.
Antara bab yang dibincangkan adalah kaedah-kaedah pengajaran kemahiran bahasa Arab sebagai bahasa kedua serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa asing. Perbincangan ini adalah berdasarkan kajian penyelidik terhadap kurikulum pembelajaran dalam bidang sains purba dan moden dan digunakan secara langsung kepada teks Bahasa Arab yang diubah suai melalui latihan kepada empat kemahiran bahasa.
Di akhir buku ini penulis menyenaraikan berbagai-bagai jenis soalan dengan penggunaan teks-teks Arab serta kaedah pengajaran dan teori yang dibincangkan di awal buku ini.
AL-AWAMIL AL-MUASSARAH FI TA'LIM AL-LUGHAT AL-ARABIYYAH WA TURUQ TADRIS AL-MAHARAT AL-LUGHAWIYAH AL-ARABIYAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295829
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM20.00