Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
RM 18.00
978-967-5295-73-7
2011
Buku ini menyingkap nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam sebuah keluarga menurut ajaran Islam. Dalam perkataan yang lain, buku ini akan menghuraikan secara ringkas amalan didikan ibu bapa Islam (Islamic parenting skills and styles). Seperti yang termaktub pada tajuk buku ini, adalah ipso facto bahawa fokus utama akan diberikan kepada perspektif Islam berbanding selainnya. Rujukan utama dalam mengetengahkan amalan didikan ibu bapa Islam ini telah diambil daripada sumber-sumber utama ajaran Islam iaitu Al-Quran Al-Karim, Al-Sunnah Al-Nabawiyyah berserta huraian-huraian daripada sarjana-sarjana Islam yang muktabar, termasuklah dari generasi awal dan kontemporari. Tidak dapat dinafikan untuk menjana cendekiawan Islam, bakal-bakal cendekiawan ini perlu dipupuk dengan corak asuhan yang sesuai. Buku ini memberikan panduan ringkas berkenaan corak didikan ini.
Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali adalah Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau telah mendapat pendidikan awalnya di Pulau Pinang. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan mendapat Sarjana dalam bidang Usul Al-Din dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Membangun Masyarakat Moden Yang Berilmu dan Berakhlak (2005), Kaunseling Dalam Islam (2006), Pendekatan Islam Dalam Penyelesaian Gejala Sosial (2008), Risalah Panduan Ibadat serta terjemahannya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin (2009) dan juga The Modern Study of Religion: A Preliminary Survey on Clifford Geertz (2009).
SIRI PERMATA INSAN - KELUARGA RABBANI: Amalan Didikan Ibu Bapa Islam
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295737
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM18.00
Produk Berkaitan
MEMBONGKAR PENULISAN BERITA OBJEKTIF: PENGENALAN KEPADA SEMANTIK UMUM DI MALAYSIA
ISBN: 983-2950-39-2 Tahun: 2005 Penulis: SITI SURIANI HAJI OTHMAN ..
RM30.00
SIRI PERMATA INSAN - RECOMMENDED RESOURCES TO ENHANCE ENGLISH LANGUAGE LEARNING
978-967-5295-23-2 Hazleena Baharun Azni Mohamed Zain dll RM 18.00 2011 RECOMM..
RM18.00
SIRI PERMATA INSAN - KITARAN HIDUP KELUARGA: Ke Arah Mencipta Keluarga Bahagia
Saedah A. Ghani RM 15.00 978-967-5295-69-0 2011 Kepentingan psikologi keluarga ke..
RM15.00
SIRI PERMATA INSAN - TURUQ AL TADRIS WA TADBIQATUHA LIL AFTAL WAL KIBAR - KAEDAH PENGAJARAN DAN PRAKTISNYA UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA
Asma Abdul Rahman RM 18.00 978-967-5295-31-7 2011 ..
RM22.00
SIRI PERMATA INSAN - PROFIL CENDEKIAWAN ISLAM
Zulkiple Abd. Ghani Mohd Rushdan Mohd Jailani RM 15.00 978-967-5295-33-1 2011 ..
RM15.00
KAUNSELING DALAM ISLAM EDISI KEDUA
Penulis: Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Hani Osman Harga:&..
RM30.00
KAUNSELING KELOMPOK: PROSES, KEMAHIRAN DAN ISU
Penulis: Asmah Ismail Harga: RM 30.00 ISBN: 9789674403287 Terbitan:&nb..
RM30.00
DAKWAH KONTEMPORARI & MEDIA
Penulis: Khairunneezam Mohd Noor, Suria Hani Abdul Rahman, Zulkiple Abd. Ghani Harga:&nb..
RM36.00
INTEGRATION OF ISLAMIC VALUES IN COUNSELLING: TECHNIQUE AND PROCESS
Writers: Salhah Abdullah Price: RM 32.00 ISBN: 9789674403461 Publication Year: 2017&n..
RM32.00