Saedah A. Ghani
RM 15.00
978-967-5295-69-0
2011
Kepentingan psikologi keluarga kepada masyarakat tidak dapat dinafikan. Buku ini mengupas mengenai peringkat-peringkat perkembangan kitaran kehidupan keluarga dan cabaran serta dugaan yang perlu diharungi oleh setiap keluarga tanpa disedari. Buku ini mengandungi tajuk-tajuk seperti kitaran kehidupan keluarga dengan anak-anak kecil, keluarga dengan anak remaja, keluarga di peringkat sarang kosong, keluarga di peringkat tua adalah antara tajuk-tajuk yang mengupas cabaran yang perlu dihadapi bagi individu yang bakal mendirikan rumah tangga atau keluarga yang telah dibina. Panduan untuk melalui cabaran dan dugaan ini dipaparkan dalam buku ini terutama dalam melahirkan anak pintar. Oleh itu, buku ini perlu dimanfaat dan dimiliki oleh semua.
PROFESOR MADYA DR. SAEDAH A. GHANI ialah pensyarah yang mengkhususkan dalam bidang kaunseling terutama kaunseling keluarga. Beliau adalah satu-satunya pakar dalam bidang kaunseling keluarga secara intervensi dan mendapat Ph.D (Psikologi: Kaunseling Keluarga) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan kerja khususnya daripada Universiti Syracuse New York, M.A (Counseling dari Marshall Universiti WVA USA), Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya. Beliau banyak menulis buku-buku dan artikel jurnal dalam bidang kaunseling dan psikologi. Antara buku terkini beliau ialah Pengurusan Kemarahan: Panduan untuk Kaunselor dan Kesihatan Mental (2008). Beliau juga ialah seorang kaunselor berdaftar.
SIRI PERMATA INSAN - KITARAN HIDUP KELUARGA: Ke Arah Mencipta Keluarga Bahagia
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-5295-69-0
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM15.00