•  HADIS-HADIS PALSU DALAM MUSTADRAK AL-HAKIM

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

ISBN : 978-967-5295-78-2

2011

Sebagai sumber hadis sahih yang utama dalam Islam, Mustadrak al-Hakim sering menjadi rujukan umat Islam dalam urusan berkaitan agama. Walau bagaimanapun, selain hadis-hadis sahih, ia turut mengandungi sejumlah hadis lemah dan tidak berasas, termasuk hadis palsu (mawdu‘) yang dilabelkan sebagai sahih akibat kelalaian dan keringanan metode pengarangnya. Justeru, amatlah sukar untuk mengenal pasti antara hadis yang benar-benar sahih dan yang lemah atau palsu jika hanya berdasarkan kepada pandangan al-Hakim semata-mata dan tidak merujuk bersama ulasan ulama terhadapnya. Berbeza dengan hadis lemah, hadis palsu tidak boleh sama sekali dijadikan hujah agama. Pelaku dan perawi yang sengaja memalsukan hadis mengundang kemurkaan Allah dan rasul-Nya dan menempah untuknya tempat khas dalam neraka kelak. Menyedari akan bahayanya dan kesannya yang negatif terhadap umat Islam, buku ini bertujuan mengumpul dan membincangkan sejumlah 135 buah hadis palsu dalam pelbagai aspek agama yang terdapat dalam Mustadrak al-Hakim menerusi pandangan para ulama. Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah dan ringkas, ia sesuai dirujuk dan dibaca oleh semua golongan masyarakat untuk mengenal pasti hadis-hadis palsu dalam Mustadrak dengan mudah dan cepat.

MUHAMMAD MUSTAQIM B. MOHD ZARIF berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (pengkhususan Quran dan Sunnah) dan Sarjana dalam bidang yang sama daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga memperoleh ijazah PhD daripada University of Edinburgh, United Kingdom dalam bidang hadis dan pengajian manuskrip Melayu-Islam. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah, Pusat Pengajian Teras dan Antarabangsa merangkap Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga aktif menghasilkan penulisan dan penyelidikan dalam pelbagai bidang berkaitan pengajian Quran dan Sunnah terutamanya pengajian hadis, manuskrip Melayu-Islam dan Braille al-Quran. Antara bukunya yang telah diterbitkan ialah Panduan dan Bimbingan Guru al-Quran: Keperibadian, Pengetahuan dan Pengajaran oleh YADIM (2006).

HADIS-HADIS PALSU DALAM MUSTADRAK AL-HAKIM

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789675295782
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM28.00


Produk Berkaitan

BICARA ISLAM

BICARA ISLAM

ISBN: 983-187-517-1 Tahun: 2005 Penulis:  YUSERI AHMAD ALI YAAKUB MATONDAN..

RM26.00

PENGENALAN ILMU TASAWUF UNTUK REMAJA ISLAM

PENGENALAN ILMU TASAWUF UNTUK REMAJA ISLAM

Muhammad Yusuf Khalid 978-967-5295-62-1 2011 Buku ini merupakan satu usaha untuk memp..

RM28.00

ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH

ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH

Penulis: Chamil Wariya, Mohd Yahya Mohamed Ariffin Harga: RM 38.00 ISBN: 9..

RM38.00

AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL

AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL

Penulis: Sadeq Dowelnor Abdel Qader, Setiawan Gunardi Harga: RM 25.00 ISBN:&nbs..

RM25.00