Sadiq Dewelnor Abdel Sadir Fadelseed
ISBN : 978-967-5295-65-2
2011
Buku ini mengandungi empat buah bab. Bab pertama : Penulis menerangkan definisi zakat dari segi bahasa dan istilah, tarikh difardukan zakat, hikmah difardukan zakat, syarat-syarat zakat dan hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat. Bab kedua : Dalam bab ini, penulis menghuraikan jenis-jenis harta yang perlu dizakatkan, pengutipan dan tempat pengumpulan harta zakat, adab-adab yang perlu dijaga ketika pengeluaran zakat dan hukum mengeluarkan zakat sebelum cukup haul. Di dalam bab ini penulis menyenaraikan hujah empat mazhab dan beberapa sahabat dan hujah tersebut dikuatkan dengan dalil ayat Al-Quran dan hadis.
Bab ketiga : Penulis menerangkan lapan golongan yang layak menerima zakat. Penulis juga menerangkan perbezaan antara fakir dan miskin dan juga perbahasan ulamak tentang zakat yang diterima oleh golongan mualaf qulubihim (memeluk Islam) dan hukum memindahkan zakat. Di dalam bab ini juga penulis menyenaraikan hujah empat mazhab dan beberapa sahabat dan hujah tersebut dikuatkan dengan dalil ayat Al-Quran dan hadis.Bab keempat : Di dalam bab ini, penulis menerangkan peranan dan tugas setiap unit dan bahagian institusi zakat di Sudan serta peraturan dan prosedur permohonan zakat yang perlu dilalui. Penulis juga melampir borang-borang permohonan zakat di dalam bab ini.
AL-ZAKAT FIQHAN WA TATBIQAN : BITATBIQ ALA TAJRUBAH AL ZAKAT FI SUDA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: ISBN : 978-967-5295-65-2
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM75.00