Asma Abdul Rahman
ISBN 978-967-5295-87-4
2011
Tujuan buku ini diterbitkan adalah sebagai rujukan dan untuk membantu pelajar-pelajar di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM serta pelajar-pelajar Bahasa Arab di universiti-universiti tempatan dan antarabangsa dalam mempelajari ilmu bahasa Arab. Buku linguistik bahasa Arab ini berteraskan dan berlandaskan kepada pemikiran ahli bahasa yang agung seperti Ibnu Khaldun dan Chomsky Saussure serta dibangunkan mengikut matlamat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, rohani dan berakhlak mulia.
Selain itu, matlamat buku ini diterbitkan adalah untuk membantu pelajar dalam kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis seterusnya dapat menjadikan mereka mampu dan mahir dalam penggunaan bahasa Arab yang digunakan di dalam Al-Quran dan sumber-sumber rujukan berbahasa Arab dan seterusnya juga dapat membuatkan mereka mampu bertutur dalam bahasa Arab dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Buku ini juga merangkumi semua aspek pembelajaran di dalam bahasa Arab seperti tatabahasa, morfologi, penggunaan bahasa, intonasi, perbendaharaan kata serta penggunaan bahasa Arab klasik.
Kemahiran asas yang empat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah salah satu aspek yang penting di dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu pembelajaran di dalam keempat-empat kemahiran ini adalah menjadi aspek yang penting di dalam kandungan buku ini dalam menjadikan pelajar mahir di dalam bahasa Arab.
ILMU AL-LUGHAWIYAT AL ARABIAH : AL-MANHAJ AL-MUTAKAMIL LI TA'LIM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: ISBN 978-967-5295-87-4
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM34.00
Produk Berkaitan
MENGENALI BAHASA ARAB MELALUI AL-QURAN
SBN: 978-983-2950-73-8 Tahun: 2008 Penulis: LUBNA ABD. RAHMAN ARNIDA..
RM25.00
KAJIAN TATABAHASA ARAB: DAHULU DAN SEKARANG
ISBN: 978-983-2950-70-7 Tahun: 2003 Penulis: MUHAMMAD MARWAN IS..
RM30.00
ISU PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA
ISBN: 978-967-5295-11-9 Tahun: 2009 Penulis: ROSNI BIN SAMAH Sinopsis: ..
RM25.00
AL-LUGHAH AL-ARABIYAH FI MUWAJAHAH AL-TAHADIYAT : DIRASAT LUGHAWIYAH
ISBN: 978-967-5295-28-7 Tahun: 2010 Penulis: AYAD N. ABDULLAH ..
RM30.00
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI
ISBN: 978-983-2950-89-9 Tahun: 2009 Penulis: ROSNI BIN SAMAH Sinopsis: Pengajaran..
RM25.00
ESSAY ON LANGUAGE AND ETHNIC RELATIONS
ISBN 978-983-2950-95-0 Abdul Karim Abdullah @ Leslie Terebessy I Hisham Sabri&nbs..
RM30.00
ILMU DAN ISLAM - SEMPENA PERTUKARAN KUIM KE USIM
Penulis: Nik Salida Suhaila Nik Saleh I Sapora Sipon I Badrul Munir Muham..
RM30.00
AL-AWAMIL AL-MUASSARAH FI TA'LIM AL-LUGHAT AL-ARABIYYAH WA TURUQ TADRIS AL-MAHARAT AL-LUGHAWIYAH AL-ARABIYAH
978-967-5295-82-9 ASMA' ABD RAHMAN NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOF 2012 ..
RM20.00