Juga
boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also
available for purchase at the link below:
Shopee
- Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis:
Mohd Nasir Abdul Majid, Latifah Abdul Majid
ISBN: 9786297863559
Tahun
Terbitan: 2026
Harga:
RM 45.00
Jumlah
Muka Surat: 144 m/s
Buku Sadd al-Dharā’I’ dalam al-Ijtihad: Implementasinya dalam Akad-akad Muamalat
Māliyyah membincangkan secara komprehensif konsep sadd al-dharā’I’ sebagai
salah satu prinsip atau kaedah penting dalam ijtihad dan penentuan hukum Islam
yang menjadi perbahasan dalam kalangan ulama usul fiqh.
Sebahagian ulama menerima prinsip ini sebagai sumber dalam proses ijtihad,
manakala sebahagian yang lain tidak mengiktirafnya sebagai hujah yang berdiri
sendiri.
Perbezaan pandangan tersebut telah memberi kesan yang signifikan terhadap pembentukan
dan perkembangan hukum fiqh dalam pelbagai bidang.
Dalam konteks perkembangan semasa yang menyaksikan kemunculan pelbagai isu-isu kontemporari,
khususnya dalam bidang muamalat māliyyah, pendekatan ijtihad yang lebih
fleksibel amat diperlukan, terutama apabila sesuatu isu tidak mempunyai nas
yang jelas.
Melalui perbincangan yang mendalam, buku ini menjelaskan sebab-sebab
perselisihan ulama mengenai sadd al-dharā’I’serta kesannya terhadap hukum fiqh
muamalat dahulu dan kini.
Penekanan turut diberikan kepada peranan kaedah ini dalam mengawal aktiviti
muamalat agar tidak terjerumus kepada amalan yang dilarang seperti riba, gharar
dan perjudian.
Justeru, sadd al-dharā’I’ dilihat sebagai pendekatan berhati-hati yang selari
dengan tuntutan Maqasid Syariah dalam
menjaga maslahah dan menolak kemudaratan, sekali gus memastikan aktiviti
muamalat kekal berada dalam landasan yang dibenarkan oleh Syariah.
Buku ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada pakar-pakar
Syariah, penggiat industri kewangan Islam, individu dan masyarakat bagi
memahami konsep ijtihad dan kaedah istinbat hukum berasaskan dan sadd al-dharā’I’
dan kesannya terhadap fiqh muamalat.
SADD AL-DHARA ‘I’ DALAM AL-IJTIHAD: IMPLEMENTASINYA DALAM AKAD-AKAD MUAMALAT MALIYYAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297863559
- Kewujudan: 1
-
RM45.00
Tags: Mohd Nasir Abdul Majid, Latifah Abdul Majid, FSU, 2026




