Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Penulis: Salmah Omar, Maruwiah Ahmat

ISBN: 9786297863368
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 80.00
 
Jumlah Muka Surat: 444 m/s

ISLAM DI ANDALUSIA: Peranan Umayyah dan Impak Kegiatan Keilmuan di Eropah menelusuri perjalanan agung sejarah peradaban Islam di Barat, bermula dengan kemunculan dan perkembangan awal pemerintahan Bani Umayyah di Damsyik, seterusnya penaklukan Andalusia dan pembentukan pusat pemerintahan Islam yang gemilang di Cordova.

Buku ini turut merungkai kemunculan zaman kerajaan-kerajaan kecil selepas kejatuhan Umayyah Cordova, serta bagaimana Andalusia kekal sebagai pusat tamadun Islam yang penting dan berkembang menjadi medan kegiatan keilmuan yang subur.

Para sarjana Islam seperti Ibn Rushd, Al-Zahrawi dan Ibn Hazm memainkan peranan besar dalam menghasilkan karya agung dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, matematik, astronomi, falsafah dan sastera yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan mengalir ke Eropah.

Penyebaran ilmu ini telah mencetuskan kebangkitan intelektual di benua tersebut, membawa kepada tertubuhnya institusi pengajian tinggi seperti Universiti Bologna, Paris dan Oxford pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi.

Buku ini bukan sahaja mengangkat kembali peranan besar Bani Umayyah dalam membina tamadun, tetapi juga mengetengahkan sumbangan Islam terhadap perkembangan keilmuan Eropah yang masih dirasai hingga ke hari ini.

ISLAM DI ANDALUSIA: PERANAN UMAYYAH DAN IMPAK KEGIATAN KEILMUAN DI EROPAH

  • RM80.00


Tags: Salmah Omar, Maruwiah Ahmat, 2026