Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Editor: Kamariah Kamarudin, Mawar Safei

ISBN: 9786297863344
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 55.00
 
Jumlah Muka Surat: 395 m/s

Buku ini mengangkat ketokohan Shafie Abu Bakar sebagai sarjana yang mencetuskan Teori Takmilah dalam jalur kesusasteraan Melayu Malaysia.

Bahagian pertama menghimpunkan tulisan asal beliau tanpa disunting, memperkenalkan dan memperincikan tujuh prinsip utama Takmilah, meliputi aspek ketuhanan, kenabian, keislaman, keilmuan, karya sastera, pengkarya dan khalayak.

Tulisan-tulisan ini membuka ruang pemahaman yang jernih terhadap falsafah dan kerangka teori yang beliau gagaskan.

Bahagian kedua pula membentangkan penghayatan dan aplikasi Takmilah dalam pelbagai genre sastera seperti puisi, cerpen, novel dan kajian perbandingan.

Setiap tulisan memanfaatkan kerangka Takmilah sebagai landasan kreatif dan kritis, menjadikan buku ini sebuah sumbangan penting dalam wacana kesusasteraan Melayu mutakhir.

TAKMILAH SHAFIE ABU BAKAR: TEORI DAN TANGGAPAN

  • RM55.00


Tags: Kamariah Kamarudin, Mawar Safei, 2026