- BUKAN UNTUK DIJUAL -

- NOT FOR SALE -


Penulis: Muhammad Ridhwan Ab. Aziz

ISBN: 9786297863474
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga:
 
Jumlah Muka Surat: 108 m/s

Integrasi Naqli dan Aqli dalam Perbankan dan Kewangan Islam: Perspektif Akademik dan Industri cuba untuk memberikan dimensi yang baharu bagi memanfaatkan aspek pengintegrasian ilmu naqli dan aqli dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

Usaha pengintegrasian yang tuntas dan komprehensif amat penting bagi memastikan jurang yang membezakan kedua-dua bidang ini dapat dirapatkan dan diharmonikan dari segi teori, falsafah, matlamat dan kursus pengajian, penyelidikan, perundingan serta penerbitan.

Buku ini telah dibahagikan kepada sembilan bab yang meliputi tajuk-tajuk seperti sistem perbankan dan kewangan Islam, integrasi ilmu naqli dan aqli dalam perbankan dan kewangan Islam, tadbir urus kewangan Islam dan kepatuhan syariah di institusi perbankan dan kewangan Islam, penerapan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus melalui pembiayaan projek agro patuh syariah, pengantaraan berasaskan nilai melalui model bank wakaf Islam, memperkasa wakaf, wasiyyah dan faraid dalam kewangan sosial Islam, inovasi kewangan sosial Islam melalui wakaf kepakaran profesional, inovasi dan trend terkini dalam era transformasi digital melalui model perbankan digital Islam serta cabaran dan prospek masa hadapan bagi pengintegrasian naqli dan aqli.

Buku ini amat sesuai untuk bacaan pelajar siswazah dan prasiswazah di institusi pengajian tinggi, pensyarah dan ahli akademik, pengamal industri dan masyarakat umum yang berminat untuk mendalami aspek integrasi naqli dan aqli dalam perbankan dan kewangan Islam.


INTEGRASI NAQLI DAN AQLI DALAM PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM: PERSPEKTIF AKADEMIK DAN INDUSTRI

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9786297863474
  • Kewujudan: Out Of Stock
  • RM0.00


Tags: Muhammad Ridhwan Ab. Aziz, 2026, FEM