Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Penulis: Wan Maisarah Mukhtar

ISBN: 9786297863108
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 72.00
 
Jumlah Muka Surat: 188 m/s

Teknologi gentian optik berasaskan cahaya merupakan tulang belakang perkembangan sistem telekomunikasi sehingga kini.

Gabungan beberapa peranti optoelektronik yang sesuai menjadi kunci utama untuk meningkatkan prestasi sistem telekomunikasi.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menambah baik fungsi peranti optoelektronik, termasuklah melalui teknik pemanipulasian cahaya berskala nano menggunakan teknologi plasmonik.

Aplikasi plasmonik dalam bidang penderiaan, penjanaan harmonik kedua dan penyerakan Raman semakin berkembang.

Untuk merealisasikan satu peranti yang dapat dikawal oleh optik atau elektronik luar, penyahmodulat plasmonik menggunakan jalur logam filem nipis emas atas substrat kaca telah diperkenalkan.

Buku ini bertujuan untuk berkongsi tentang pemanipulasian cahaya sehingga ke skala nano dalam mewujudkan fenomena penyahmodulatan plasmonik berasaskan prinsip keabadian cas dengan kehadiran polariton plasmon permukaan.

Buku ini membincangkan buat julung kalinya kewujudan interaksi di antara medan optik dan medan elektrik dalam konteks nano optik.

Buku “Teknologi Plasmonik: Manipulasi Cahaya ke Skala Nano” membuktikan keupayaan jalur logam emas berfungsi sebagai penyahmodulat, iaitu salah satu peranti optoelektronik yang sangat penting dalam bidang telekomunikasi dan juga sensor.


TEKNOLOGI PLASMONIK: MANIPULASI CAHAYA KE SKALA NANO

  • RM72.00


Tags: Wan Maisarah Mukhtar, 2026, FST