Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


ISBN: 9786297863122
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 60.00
 
Jumlah Muka Surat: 108 m/s

Buku Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM: Menyemai Impian Mencapai Kenyataan mendokumentasikan secara terperinci sejarah pembinaan bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

Naskhah "buku meja kopi" ini dipersembahkan dengan sentuhan reka bentuk dan dekorasi yang bervariasi, di samping menyajikan paparan potret dan ilustrasi yang menjelaskan proses pembangunan fakulti.

Ia meliputi setiap fasa, bermula dari perancangan awal sehinggalah fasa perpindahan penuh warga akademik dan pentadbiran ke bangunan baharu FPBU.

Pelbagai peristiwa dan aktiviti penting yang berlaku sepanjang tempoh ini turut dirakamkan sebagai tatapan umum. Meskipun menyedari ruang “buku meja kopi” adalah terhad, paparan gambar, deskripsi, dan ungkapan yang dimuatkan mewakili sebahagian besar kisah suka duka yang dilalui sepanjang proses pembinaan tersebut.

Harapan utama penerbitan ini adalah untuk memberikan pembaca suatu gambaran visualisasi yang jelas mengenai usaha FPBU, USIM menterjemahkan konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.

Konsep ini merupakan dasar utama untuk memacu fakulti dan universiti ke arah kecemerlangan modal insan, melalui penyediaan bangunan indah dan fasiliti kondusif yang disinergikan secara fizikal dan spiritual.

BANGUNAN FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA, USIM: MENYEMAI IMPIAN MENCAPAI KENYATAAN

  • RM60.00


Tags: 2026, FPBU