Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Azman Ab Rahman, Iman Razali, Hussein Azeemi Abdullah Thaidi
ISBN: 9786297863092
Tahun Terbitan: 2026
Harga: RM 40.00
Jumlah Muka Surat: 363 m/s
Buku Evolusi Sains Sosial dan Teknologi: Sejarah, Cabaran dan Masa Depan ini mengetengahkan perbahasan mendalam mengenai dua aspek yang berpengaruh dari wujudnya, perkembangannya, dan interaksi dengan tamadun manusia dari masa ke masa.
Buku ini menghimpunkan penulisan para akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menelusuri evolusi bidang sains sosial dan teknologi dari sudut pandang sejarah, memahami cabaran semasa yang timbul akibat perubahan yang pesat, serta meninjau masa depan yang lebih seimbang antara kemajuan teknologi dan keutuhan nilai sosial.
Buku ini menghidangkan pelbagai perspektif yang membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam dan kritikal tentang bagaimana ilmu sosial dan teknologi boleh bergerak seiring dalam membentuk masyarakat yang adil, lestari dan bermakna.
Namun, perlu diingat dalam apa jua perkembangan sains dan teknologi ia seharusnya selari dengan panduan al-Quran dan Hadis serta sumber perundangan Islam.
Sains sosial dan teknologi perlu dipimpin oleh syarak agar segala perubahan yang berlaku seiring dengan agama demi kesejahteraan ummah sejagat.
Buku ini sesuai untuk golongan pelajar, penyelidik dan pembaca umum yang ingin memahami hala tuju masyarakat dalam era teknologi yang semakin pesat berkembang.
Bacaan ini membuka ruang kepada pemikiran kritikal dan harapan terhadap pembangunan yang lebih lestari dan sejahtera.
EVOLUSI SAINS SOSIAL DAN TEKNOLOGI: SEJARAH, CABARAN & MASA DEPAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297863092
- Kewujudan: 1
-
RM40.00
Tags: Azman Ab Rahman, Iman Razali, Hussein Azeemi Abdullah Thaidi, 2026, FSU, FPQS, PUSAT TAMHIDI, KPI, FEM, FST, FPBU, FKP, FPSK





