Buku ”Evolusi Ilmu Pengajian Islam: Sejarah, Cabaran dan Masa Depan” membawa pembaca menelusuri sejarah perjalanan panjang dan penuh dinamika ilmu pengajian Islam yang pelbagai.
Menghimpunkan tulisan daripada pelbagai sarjana dan penyelidik, buku ini membincangkan pelbagai aspek penting termasuk perkembangan tradisi ilmu, cabaran epistemologi, perubahan pendekatan pendidikan Islam, serta prospek masa depan bidang ini dalam era globalisasi dan revolusi teknologi. Ia bukan sahaja mengangkat warisan keilmuan Islam sebagai tonggak peradaban tetapi juga mengajak pembaca berfikir kritis tentang keperluan pembaharuan dan integrasi ilmu dalam dunia moden. Sesuai untuk pelajar, pensyarah, penyelidik serta sesiapa yang berminat dalam bidang pengajian Islam, buku ini menawarkan satu wacana segar yang relevan, reflektif dan berpandangan jauh demikian demi memastikan ilmu pengajian Islam terus hidup, dinamik dan berfungsi dalam membentuk masyarakat masa kini dan masa depan.
EVOLUSI ILMU PENGAJIAN ISLAM: SEJARAH, CABARAN & MASA DEPAN