Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Penulis: Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Sofia Hayati Yusoff, Rosninawati Hussin, Rosidayu Sabran

ISBN: 9786297863511
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 46.00
 
Jumlah Muka Surat: 117 m/s

Modul ini mengandungi lapan komponen penting yang merangkumi bidang dakwah dan komunikasi.

Fokus diberikan kepada aspek etika dalam strategi berdakwah dan komunikasi, penyiaran Islam dalam penerbitan dan pengurusan televisyen.

Semua modul ini dirangka dengan mengambil kira realiti semasa dunia penyiaran, serta cabaran dalam menyampaikan mesej Islam kepada khalayak daripada pelbagai latar dan demografi.

Modul ini bukan sahaja memberi pencerahan secara ilmiah, malah membekalkan panduan praktikal kepada para pendakwah, penerbit, wartawan dan tenaga kerja media Islam dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap, profesional dan berintegriti.

Ia berperanan sebagai sumber rujukan ilmiah dan mampu menyumbang kepada usaha pembangunan modal insan berteraskan nilai-nilai Islam, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan dan keilmuan.

MODUL LATIHAN AKADEMI SENI MEDIA ISLAM: DAKWAH, MEDIA DAN SENI - PENDEKATAN BERSEPADU BERLANDASKAN ISLAM

  • RM46.00


Tags: Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Sofia Hayati Yusoff, Rosninawati Hussin, Rosidayu Sabran, 2026, FSU, FKP