Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /

Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Penulis: Suhailiza Md. Hamdani, Muhammad Khairi Mahyuddin, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, Mashitah Sulaiman, Nur Kareelawati Abd Karim, Dini Farhana Baharuddin
 
ISBN: 9786297863320
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 40.00
 
Jumlah Muka Surat: 183 m/s

Dalam konteks sosial, akidah berperanan sebagai tunjang utama yang melahirkan individu dengan keyakinan tinggi kepada Allah SWT.
 
Keyakinan ini mampu membentuk jiwa yang tenang dan rohani yang seimbang, yang tercermin melalui amalan hidup dan tingkah laku. 
 
Kefahaman akidah juga memperkukuh penghayatan ibadah, yang boleh membuatkan jiwa seseorang mualaf terbuka untuk menghayati Islam sepenuhnya.
 
Modul pengajaran yang diketengahkan dalam kajian ini merangkumi enam tajuk utama, yang direka khusus untuk memperkukuh akidah dalam kalangan mualaf.
 
Keunikan modul ini terletak pada pendekatan integratifnya yang menggabungkan elemen akidah dengan penyucian jiwa (Tazkiyyah al-Nafs). 
 
Pendekatan ini bukan sahaja menambah baik cara pengajaran akidah, tetapi juga memberikan kefahaman dan penghayatan mendalam kepada golongan mualaf.
 
Modul ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pembimbing mualaf dan orang awam, untuk mengukuhkan akidah Islam.
 
Modul ini juga sesuai digunakan dalam kelas-kelas pengajian Islam, yang dianjurkan oleh organisasi dan pertubuhan dakwah di Malaysia.
 
Dengan pendekatan ini, modul tersebut mampu menjadi asas penting dalam membentuk akidah yang kukuh, serta rohani yang mantap bagi golongan mualaf.

MODUL INTEGRASI AKIDAH & TAZKIYYAH AL-NAFS MUALAF (MIATNAM)

  • RM40.00


Tags: Suhailiza Md. Hamdani, Muhammad Khairi Mahyuddin, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, Mashitah Sulaiman, Nur Kareelawati Abd Karim, Dini Farhana Baharuddin, 2026, FKP, PPT