Juga
boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also
available for purchase at the link below:
Shopee
- Kota Buku - MySiswaPlace
Editor:
Maizatul Farisah Mohd Mokhtar
ISBN:
9786297863191
Tahun
Terbitan: 2025
Harga:
RM 45.00
Jumlah
Muka Surat: 139 m/s
Buku
ini membincangkan Sulh sebagai satu bentuk penyelesaian pertikaian di Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
Para
penulis mengajak pembaca untuk mengenali Sulh melalui suatu pengenalan ringkas
tentang Sulh serta pelaksanaannya menurut hukum syarak dan undang-undang yang sedia
ada.
Pengisian
buku ini juga disusuli dengan perbincangan mengenai pelbagai isu, usaha dan
cabaran dalam melaksanakan Sulh.
Seterusnya,
para penulis berkongsi pendapat tentang cara-cara untuk menghadapi pelbagai cabaran
dalam usaha mempromosi Sulh sebagai suatu proses penyelesaian pertikaian yang
efektif di mahkamah syariah.
Buku
ini diharapkan dapat memberikan manfaat serta gambaran yang lebih jelas tentang
pelaksanaan Sulh, bukan sahaja sebagai proses penyelesaian pertikaian yang
efektif tetapi juga daripada aspek menjaga kehidupan harmoni dan silaturahim
dalam Islam.
Rasulullah
SAW bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Anas bin Malik RA yang bermaksud: Sesiapa
yang ingin dipermudahkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan
umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim)
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
MEDIASI SULH DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297863191
- Kewujudan: 1
-
RM45.00
Tags: Maizatul Farisah Mohd Mokhtar, 2025, PUSAT TAMHIDI, FSU, Dina Imam Supaat, Norman Zakiyy Chow Jen-T'chiang, Zulzaidi Mahmod, Hasnizam Hashim




