- BUKAN UNTUK DIJUAL -
- NOT FOR SALE -
Penulis: Sapora Sipon
ISBN: 9789670001158
Tahun Terbitan: 2022
Harga: -
Jumlah Muka Surat: 240 m/s.
Profesor Datin Dr Sapora Sipon ialah Profesor dalam bidang kaunseling. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 132 bentuk penulisan sama ada dalam bentuk buku, artikel jurnal dan prosiding.
Beliau juga telah menulis lebih dari 1000 penulisan di akhbar terkemuka Malaysia seperti Berita
Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Profesor Datin adalah penulis tetap ruangan Kaunseling Remaja di Harian Metro selama 6 tahun.
Beliau sangat aktif melakukan penyelidikan dan menghasilkan inovasi dan rekacipta. Hasil penyelidikan membolehkannya menghasilkan rekacipta yang memenangi pingat utama seperti World Invention Awards International Innovation Double Gold di The British Invention Show di
London, Winner of Gold In ITEX, Winner of Gold award di PECIPTA, Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan USIM.
Beliau juga terlibat dalam jawatan pentadbiran seperti Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, USIM, Timbalan Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM, Pengarah, Pusat Korporat dan Pengantarabangsaan, USIM, Ketua Unit Kaunseling, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah.
Profesor Datin pernah mengadakan lawatan teknikal ke Jepun, Uganda, Korea, Makasar,
United Kingdom, Thailand dan Indonesia. Beliau pernah menjalani sangkutan akademik di Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science & Civilisation, Universiti Teknologi Malaysia dan Pusat Warga Emas, Al-Shahab.
Khidmat bakti beliau kepada negara antaranya ialah beliau pernah menjadi Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Profesor Datin juga aktif dalam Persatuan Badan Bukan Kerajaan dan memegang jawatan penting seperti Naib Setiausaha PERKAMA. Wajah beliau seringkali muncul di kaca televisyen.
RESIPROKALITI DALAM KAUNSELING: TIMUR BERTEMU BARAT DALAM PENCARIAN KEBAHAGIAAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001158
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM0.00
Tags: Sapora Sipon, 2022, FKP





